Isu BIM-KTBM : Kebenaran Yang tersirat (Siri 3)
Posted by Al-Firdausi | Posted in perbincangan
(sambungan dari "Isu BIM-KTBM : KTBM dalam P&P (Siri 2)" )
- Seperti yang saya katakan dalam perenggan kedua dalam siri 1, berbincang (muzakarah) lebih baik dari berdebat. Berdebat hanya menegakkan benang yang basah umpama mengatakan sesuatu yang baik adalah buruk, sesuatu yang buruk tu baik. Masing-masing hanya mahu mempertahankan pegangan yang di ikuti, hati seolah-olah tertutup. Sudah pasti tiada penyelesaian yang boleh dicapai. Inilah yang berlaku terhadap isu BIM-KTBM.
- Apakah yang kebenaran yang tersirat di dalam isu BIM-KTBM?
- Fakta mengatakan BIM membuat BM pelajar lintang pukang adalah salah, BIM merupakan sejenis Bahasa seperti 10,000 bahasa di dunia. Sudah tentu ia tidak boleh diterjemah secara terus ke dalam BM seperti mana BM dengan BI.
- Mengikut tulisan Sazali dalam blognya, BIM tidak pernah masuk ke dalam Sekolah Pendidikan Khas adalah tidak benar. Seperti diketahui, BIM merupakan natural language yang dituturkan secara semulajadi oleh orang pekak mengikut faktor budaya dan geografi. Isyarat tangan dalam BIM dicipta secara spontan mengikut imaginasi ketika berkomunikasi. Sepanjang pengalaman saya belajar di sekolah rendah dan menengah pendidikan khas guru-guru sendiri menggunakan BIM ketika berbual-bual dengan pelajar dan ketika menerangkan sesuatu topik yang diajar. Ketika bersembang sudah pasti pelajar pekak menggunakan BIM. KTBM hanya digunakan dalam P&P BM (kadangkala diselitkan dengan BIM). Ini di sahkan sendiri oleh hisham dan amir hamidi dalam blognya. Mungkin apa yang dikatakan oleh sazali berkenaan 'diharamkan' hanyalah isyarat tangan BIM yang dikamuskan oleh MFD tidak boleh diguna di sekolah (sebenarnya banyak juga isyarat dalam Buku BIM terbitan MFD diguna oleh para guru disebabkan selalu 'meniru' dan 'mengajuk' isyarat yang digunakan oleh pelajar mereka ketika berinteraksi samada bersembang, bergurau dan juga ketika mengajar. Ia lebih ketara di kalangan guru baru yang mula hendak menguasai Bahasa Isyarat)...
- Isu kecil dalam KTBM-BIM adalah percanggahan isyarat tangan bagi perkataan yang sama. Isyarat yang di cipta sendiri oleh BPKhas tidak sama dengan isyarat yang dicipta spontan oleh orang pekak walaupun mempunyai makna/maksud yang sama.
- Penentangan sebenar BPKhas terhadap BIM bukanlah disebabkan salah faham terhadap BIM. Saya dengan dua orang pekak yang juga bekerja di BPKhas tiada sebarang halangan bersembang menggunakan BIM. Malah ketika berbual dengan beberapa pegawai di BPKhas juga menggunakan BIM (sekali-sekala beberapa isyarat KTBM diselitkan). Saya juga tidak pernah dengar terdapat arahan dan pekeliling melarang para guru menggunakan BIM ketika mengajar. Beberapa orang pegawai BPKhas merupakan bekas guru Pendidikan Khas yang telah naik pangkat, mereka sudah tentu juga pernah menggunakan BIM ketika mengajar di sekolah. Jadi apakah sebabnya BPKhas menentang?
- Hasil pemerhatian sepanjang bekerja di BPKhas, penentangan terhadap BIM mungkin disebabkan faktor 'pelaksanaan' dan 'perubahan' terhadap P&P di sekolah pendidikan khas. Jika Isyarat Tangan dalam KTBM digantikan dengan isyarat tangan dalam BIM, pasti memerlukan kos untuk menggantikan kamus KTBM yang telah diterbitkan dan juga terpaksa merangka P&P yang baru. Sudah pasti akan membuatkan beban BPKhas bertambah untuk menyediakan permohonan peruntukan tambahan dari Kementerian pelajaran dan juga merangka kursus serta bengkel yang baru untuk para guru Sekolah Pendidikan Khas. Siapa yang suka menambahkan lagi kerja dan beban sedia ada....
- MFD mempunyai sekolah kanak-kanak pekak selangor (SSD) yang boleh dikategori sebagai sekolah persendirian (Swasta). Tidak banyak maklumat mengenai SSD yang saya ketahui. Andai Sazali yang merupakan Presiden MFD menyalahkan KTBM sebagai punca kegagalan pelajar pekak dalam pelajaran. Sebagai sebuah sekolah swasta, Kenapa MFD tidak menggunakan BIM sepenuhnya di SSD? Sebagai sebuah sekolah swasta, MFD bebas merangka dan menentukan P&P asalkan matapelajaran mengikut sukatan pelajaran yang ditetapkan kementerian pendidikan. Tunjukkan bukti bahawa BIM dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam pelajaran melalui sekolah SSD.
- Andai BPKhas dipersalahkan terhadap kegagalan pelajar di sekolah Pendidikan Khas. Jadi siapa pula yang harus dipersalahkan terhadap kegagalan pelajar di sekolah SSD? Pencapaian pelajar di sekolah mana yang lebih baik dalam UPSR, pelajar di sekolah Pendidikan Khas atau pelajar sekolah SSD? Ada siapa boleh jawab?
- Kalaulah MFD dapat merombak sekolah SDD, wajibkan para guru mengajar menggunakan BIM, rangka kaedah P&P berdasarkan BIM dan seterusnya melahirkan pelajar yang lebih tinggi pencapaian berbanding sekolah pendidikan khas dalam UPSR - sudah pasti akan membuka mata BPKhas dan membuktikan keberkesanan BIM.
- Pemimpin dan aktivis pekak yang memperjuangkan BIM ketika berbual dan berucap menggunakan beberapa isyarat yang berasal dari KTBM seperti isyarat 'atau', 'dan', 'baik' dan banyak lagi.
(Bersambung ke "Isu BIM-KTBM : Cara yang terbaik untuk mengajar BM - BIM, KTBM atau...?")
Glosari :-
BIM = Bahasa Isyarat Malaysia
KTBM = Kod Tangan Bahasa Melayu
P&P = Pengajaran dan Pembelajaran
BPKhas = Bahagian Pendidikan Khas
BM = Bahasa Melayu
BI = Bahasa Inggeris
MFD = Persekutuan Orang Pekak Malaysia
SSD = Sekolah kanak-kanak pekak Selangor (bawah seliaan MFD)
******************************************************
* "mengkritik tidak bererti menentang, *
* menyetujui tidak semestinya menyokong, *
* menegur tidak bermakna membenci, *
* dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik." *
******************************************************
assalamualaikum pidos.. sy Nidzam, cikgu normal yg mengajar di sekolah khas (pekak), satu sekolah dgn Hisham di kuantan. Sy tertarik dgn topik pidos mengenai isu bim-ktbm ni.. sy bersetuju sgt dgn pndpt pidos tu. jadi di sini sy nk berkongsi pengalaman sy sbg guru khas dari institut perguruan ilmu khas dalam bidang pekak ni. isu bim -ktbm ni dah lama diperbincangkan dari masa sy belajar dulu. sy bertanya pada lecturer, wat kajian kes, tanya pada org berpengalaman dgn murid pekak (guru), tanya pd ibu bapa. dan hasilnya, dpt sy simpulkan dgn pengalaman sy sebagai guru khas ini, bim adalah bahasa budaya masyarakat pekak dan ktbm adalah bahasa penulisan pekak di sekolah. bagi kbnykan komuniti pekak dr perhatian sy, mereka lebih kepada bim kerana pertama, itu adalah bahasa 'pertuturan' mereka, kedua ktbm lazimnya sbg kod tangan bm, dimana setiap imbuhan 'me', 'meng', 'per', 'meny' dan imbuhan akhir 'kan', 'i' dan byk lagi. sbg contoh, ayat 'Botol ini mengandungi air.' dlm ktbm, isyarat 'mengandungi' itu ialah 'meng' 'kandung' 'i'..kandung itu akan diisyarat seprti ibu mengandung. ini diakui sendiri oleh org pekak kpd sy dan guru2 khas lain. inilah yg mungkin bg mereka ktbm ini mengarut. penjelasan yg sebenarnya ialah, ktbm adalah bahasa penulisan murid2 pekak untuk mghadapi peperiksaan spt upsr yg lazimnya dlm bertulis.ktbm juga bahasa yg sesuai utk individu pekak yg mahu mengirim sms pada rakan2 lain khususnya di kalangan normal. di sekolah, setiap guru ada rancangan pengajarannya sendiri. dlm langkah awal dlm pnp, penggunaan bim yg maksimum adalah sgt penting, terangkan konsep dahulu, cth botol td, terangkan dgn terperinci apa yg dimaksudkan dgn 'mengandungi'. penggunaan bim amat sesuai dlm penerangan konsep ini. selepas penguasaan konsep, barulah diajar dlm bentuk penulisan yg menepati nahu2 dlm bm, dan ini ktbm paling sesuai digunakan. kita harus sedar, ank2 murid khas ini tidak lemah, mereka amat berpotensi dlm pmnbelajaran mereka. tidak ada diskriminasi dlm bim-ktbm, kedua2nya sama penting.xguna juga sekiranya diajar penuh dlm ktbm tetapi konsep xfaham, murid2 akn gagal. atau sekiranya diajar penuh dlm bim, penguasaan konsep yg baik, tapi diterjemahkan ke dlm bahasa bertulis, ianya menjadi sgt teruk. yg paling penting, ilmu itu dapat diserap dlm minda murid2 khas ini. bila faham konsep, penggunaan ktbm yg betul, insyaALLAH mereka akan berjaya... asalkan mereka faham dan dibuktikan dgn hasil latihan mereka yg cemerlang di dlm pelajaran. itu je. ok pidos. ini pendapat n pengalaman sy je ok. rasa nk berkongsi, tu yg tulis komen ni. buah fikran org kata. heheheh gud lak to u. assalamualaikum
www.ejam1304.blogspot.com
terima kasih...
artikel saya yang seterusnya iaitu "Isu BIM-KTBM : Cara yang terbaik untuk mengajar BM - BIM, KTBM atau...?" masih dalam pembikinan. dalam aritikel ini saya akan huraikan bagaimana meningkatkan pemahaman BM di kalangan pelajar pekak berdasarkan fakta dan pengalaman saya yang pernah hidup dalam dua dunia. dunia normal dan dunia pekak.
bila saya ada kelapangan saya akan sambung menulis artikel tersebut.. harap artikel tersebut dapat membantu guru sekolah Khas dalam merangka P&P untuk pelajar pekak menguasai BM.
Assalamualaikum Firdaus
Saya telah mengikuti tulisan anda bertarikh 16 Julai 2009 mengenai Isu BIM-KTBM dan ingin memberi pandangan dan pengetahuan saya mengenai perkara tersebut.
1.Perbincangan mengenai perkara tersebut harus diteruskan untuk mendapat keadaan sebenar.
2. Izinkan saya betulkan singkatan BMKT dan bukan KTBM.Ini adalah kerana buku pertama yang berkaitan dengan perkara tersebut bertajuk “Komunikasi Seluruh;Bahasa Malaysia Kod Tangan .” Tujuannya adalah untuk belajar Bahasa Malaysia melalui Kod Tangan. Dan jika diambil daripada terjemahan asal berbunyi “ Manually –Coded English/Bahasa Malaysia”, BMKT adalah tepat. Apabila BMKT ditukar menjadi KTBM, Kementerian Pelajaran telah bersusah payah menggubal 6,000 kod untuk perkataan Bahasa Malaysia sebaik sahaja singkatan KTBM di gunakan.Saya ingin cadangkan bahawa semua buku yang mengandungi kod-kod ini dibuang dalam tong sampah atau dibakar.Mengapa? Kerana ianya melanggar tujuan asal BMKT yaitu, mempelajari BM melalui kod dan bukan mempelajari kod untuk setiap perkataan BM.
Salam
Saadiah
3.”BIM membuat BM pelajar lintang pukang”. BIM adalah bahasa orang pekak. BM pula adalah bahasa Kebangsaan,bahasa Ilmu, bahasa orang yang mendengar dan bukan bahasa orang pekak. Di Malaysia terdapat banyak bahasa seperti bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Kadazan,bahasa Portugis dll………..dan seperti anda turunkan ada 10,000 bahasa di dunia. Tetapi di Malaysia kita perlu belajar BM untuk semua hal rasmi termasuk pendidikan. Bagaimana orang pekak belajar bahasa tersebut terpulang kepada orang pekak sendiri,.ibu bapa dan guru-guru yang dilatih khas, kawan-kawan serta masyarakat sekeliling. Hanya orang gila sahaja mengatakan bahasa orang pekak “lintang pukang”. Ini bererti semua bahasa di dunia ini juga ‘lintang pukang’ jika diterjemahkan secara ini.
4. “BIM tidak pernah masuk ke dalam Sekolah Pendidikan Khas”. Orang yang menyatakan perkara ini jelas bukan seorang guru atau tidak tahu tentang bahasa.Saya belajar bahasa Inggeris di sekolah dahulu dan saya hanya dibenarkan cakap Melayu pada hari Jumaat. Jika saya cakap Melayu pada hari-hari lain saya dikenakan denda 10 sen.Di rumah saya cakap Melayu dengan keluarga saya.Oleh yang demikian saya boleh menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dengan baik. BIM dengan sendirinya telah masuk ke sekolah-sekolah tanpa disedari. Anda tepat mengatakan BIM digunakan oleh guru-guru,dan murid-murid ketika “bersembang” .BIM juga mugkin digunakan di rumah.Seperti bahasa Melayu untuk orang Melayu seperti saya,BIM pula bahasa orang pekak untuk orang pekak.
Salam,
Saadiah
5.”pencaggahan isyarat tangan bagi perkataan yang sama makna”. Ini bukan BMKT. BMKT pastikan tidak ada perkataan yang sama makna menggunakan kod yang sama.
6.BIM adalah bahasa orang pekak.BMKT bukan! BMKT adalah kod-kod yang digunakan untuk belajar bahasa Malaysia/Melayu.Kegunaan “isyarat KTBM” adalah salah. Kod berbeza daripada isyarat kerana ianya mengambil tempat perkataan. Dan SEMUA ejaan atau tulisan yang sama akan menggunakan kod yang sama. Jika imbuhan menukarkan erti sesuatu perkataan ,perkataan tersebut mesti dijelaskan dengan apa cara sekalipun termasuk BIM.
Sebarang tentangan mengenai BMKT adalah atas kefahaman yang cetek mengenai perkara tersebut. BMKT tidak sesuai untuk komunikasi atau pertejemahan. BMKT adalah satu pendekatan untuk membolehkan orang pekak belajar BM dengan tepat.BMKT juga sebahagian daripada Komunikasi Seluruh.Saya terbaca blog Encik Sazali,yang menggunakan “Komunikasi Menyeluruh” Mengapa?.Adakah usaha Professor Dr. Asmah Omar, pakar BM terkemuka di negara ini kurang tepat.Kita harus lebih pandai daripada Prof. tersebut jika ingin menukarkan pertejemahannya.Prof tersebut yang bersekolah sebelum merdeka juga mempunyai kebolehan yang kukuh dalam Bahasa Inggeris.
7. Kita masih boleh menggunakan BIM untuk kegunaan sistem BMKT, bagi BIM yang tidak menggunakan imbuhan. Kita tidak perlu “isyarat tangan dalam KTBM digantikan dengan isyarat tangan dalam BIM”,. Dari awal lagi saya telah suruh buang buku-buku tersebut.Orang “normal” tidak akan ingat 6000 kod yang tidak memberi gambaran kepada makna.Orang pekak apa lagi?.Perkataan yang sentiasa dalam minda orang pekak adalah “lupa”.
Salam,
Saadiah
8. MFD hanya menguruskan kewangan sekolah sahaja. Bagaimana MFD boleh menguruskan sekolah sedangkan tiada siapa dalam MFD yang mempunyai kelulusan sebagai “Pendidik”?. Saya mungkin tidak mempunyai kelulusan tinggi seperti orang zaman sekarang tetapi sebagai seorang guru dilatih di UK sebaik sahaja selepas merdeka dan mengikuti kursus pendidikan kanak-kanak pekak di New Zealand dan kursus kanak-kanak pekak dan kurang pendengaran di antara universiti terkemuka di dunia pada masa itu i.e. University of London saya amat yakin dengan kemampuan saya.
SSD sebuah sekolah yang telah berjaya meningkatkan BM murid-murid pekak menerusi komitmen guru dan tunjukajar saya dan Puan Siti Arbi dalam mempertingkatkan kebolehan guru melalui kursus-kursus tiap-tiap tahun.Mungkin satu hari nanti saya akan dapat menjelaskan pendekatan yang kami gunakan termasuk BIM, BMKT tulisan dan bacaan. SSD juga pernah menghasilkan murid yang dapat keputusa A untuk BM penulisan dalam UPSR. Jika kami harapkan presiden MFD membantu sekolah, kami amat kecewa.Tahun ini beliau belum sampai ke sekolah tetapi boleh menghadiri banyak hal berkaitan dengan orang pekak[di seluruh dunia?]. Tiap-tiap tahun murid-murid raikan guru pada hari Guru tetapi setakat ini MFD baru 1 kali sahaja dalam masa 10 tahun,datang ke sekolah membawa “goodies” untuk guru-guru. Tahun ini kami dilupakan semula. Kalau kami kurang kewangan kami cari sendiri dan tidak pernah mengharapkan MFD.
9, 10., 11 Adakah anda pernah bincang atau tahu tentang pencapaian kanak-kanak SSD.Jangan buat tuduhan sesuka hati.Kami mempunyai maruah sendiri membantu orang pekak dan kami sanggup menjalankan tugas kami dengan gaji yang begitu rendah.Ramai diantara kami yang ingin berhenti tetapi sukar mendapat ‘guru-guru’yang sanggup bekerja mendidik kanak-kanak pekak dengan bayaran yang sangat rendah.Hargailah usaha murni kami.
Saya tercabar untuk bertindak sekarang selepas membaca keluhan orang-orang pekak mengenai BIM dan BMKT. Sebenarnya orang pekak dan orang Kementerian Pelajaran sendiri tidak tahu asal usul Komunikasi Seluruh atau BMKT serta apakah tujuan sebenar memasukkan komponen tangan dalam sistem yang wujud pada masa itu.Encik Sazali dalam pendahuluannya dalam buku Bahasa Isyarat Malaysia 2002 menerangkan bahawa “…kaedah Komunikasi Seluruh dibawa ke Malaysia menggantikan kaedah oralisme”.Ini betul-betul menunjukkan pengetahuan yang cetek tentang perkara ini dan tiada usaha memahami keadaan sebenar sebelum diturunkan sebagai informasi . Dan ini adalah perkara biasa untuk orang pekak………bukan “malu bertanya” tetapi “terlalu sombong untuk bertanya.”
Saya pernah menghulurkan bakti di MFD sebagai penasihat tetapi MFD lebih senang dengan orang yang lebih vokal yang boleh meyakinkan.Saya berundur dari MFD setelah saya sedar saya diketepikan setelah “madu disedut, sepah dibuang “
Semoga usaha saya dan guru-guru sekolah ini mendidik kanak-kanak pekak selama ini diberkati Allah SWT.
Salam,
Saadiah
terima kasih..
perbezaan BMKT dan KTBM pertama kali dibangkitkan.. saya akan ambil perhatian dalam tulisan saya dalam artikel siri 4.
mengenai SSD, saya minta maaf sekiranya tulisan menyinggung perasaan puan. sperti yang saya katakan dalam perenggan 8 iaitu "Tidak banyak maklumat mengenai SSD yang saya ketahui". jadi ulasan saya tidak bersifat mengkritik, tetapi hanya bersifat ingin tahu. sebab itu saya menggunakan simbol "?". saya harap ini tidak dikategorikan sebagai 'terlalu sombong untuk bertanya'.
artikel saya dalam siri 4 nanti adalah perbincangan tentang teori dan konsep yang boleh membantu pelajar pekak menguasai BM dengan baik. terpulanglah kepada warga pendidik untuk merangka P&P yang sesuai mengikut teori dan konsep tersebut.
sapa tahu cara dan P&P yang di amalkan di SSD adalah sama seperti teori dan konsep yang dihuraikan saya nanti..
wassalam...!
Assalamualaikum Firdaus,
Perasaan lega saya mendapat jawapan positif daripada tuan tidak dapat dibayangkan.Saya masih tidak faham mengapa peranan BMKT telah tidak difahami lagi dan telah jauh terpesung daripada objektif awal untuk memastikan BM kanak-kanak pekak terutamanya diperingkat sekolah rendah lebih baik.Ini bertujuan membolehkan kanak-kanak pekak [dengan bahasa Malaysia yang tepat walaupun pendek dan mudah ] dapaT terus mengikuti pendidikan di sekolah menengah dengan lebih banyak menggunakan kamus untuk perkataan yang lebih susah.[dan bukan bentuk lagi kod yang tidak memberi petunjuk kepada makna perkataan itu].
Mungkin tidak ramai orang termasuk cerdik pandai di maktab dan universiti tahu sebenarnya tentang kewujudan BMKT dan kenapa?bagaimana? dan seterusnya.Selama ini tiada orang bertanya saya tentang perkara ini dan apabila KPM memanggil saya menghadiri 2 mesyuarat bulan lepas saya terkejut dengan "persembahan" dr.-dr.[PHd].cerdik pandai dari universiti 2 serta pegawai-pegawai yang lebih ingin menonjolkan diri mereka dengan membuat berbagai-bagai pengakuan dan usaha mereka yang bukan sahaja pelik tetapi "kelakar"juga.Saya hanya inginkan masalah pelajaran untuk orang pekak ini dikaji semula oleh orang-orang yang betul-betul terlibat dalam mengajar kanak-kanak seperti ini dan yang telah menerima latihan khusus yang berkesan. Tidak semestinya oleh kerana seseorang itu belajar atau dapat ijazah dari luar negara kita mesti terima pandangan dan cadangannya. Pendidikan kanak-kanak pekak di Malaysia sangat mencabar dan tidak boleh disamakan dengan negara- negara "satu bahasa" yang dilaung-laungkan terutama oleh cerdik pandai MFD.
Di SSD kami beratkan bahasa.tak kiralah sama ada BM atau BI.
Sekian .Salam SA
Assalamualaikum Firdaus,
Tentang SSd tu, saya juga mohon maaf sebab saya tak sedar yang vsaya bunyi begitu marah, sehingga ada kawan yang menelifon saya bertanya.Sebenarnya isu SSD dan MFD hanya telah lama kami bengang sikit-sebenarnya kami sendiri tak tau apa sebenarnya tugas MFD keatas sekolah....setakat ini MFD hanya menguruskan kewangan sekolah...dengan bayaran juga...bukan mencari kewangan untuk sekolah seperti persatuan yang menguruskan sekolah sebelum ini.
Tentang P&P sekolah, saya rasa masanya sudah sampai pihak KPM mengadakan kajian/bincangan/"brain storming"/tunjukajar dll....berkaitan dengan hala tuju pendidikan untuk kanak-kanak pekak di negara ini.kita telah jauh terpesong dari matlamat asal mempertingkatkan dan memperkukuhkan BM dan melibatkan penglibatan orang pekak di dunia luar. Kita juga harus dapatkan pendapat mereka yang betul -betul faham tentang orang pekak di Malaysia dan bukan terlampau lebih condong terhadap apa yang berlaku di tempat-tempat lain melalui kajian satu dua kertas kerja sahaja....maaf kalau bunyi kecewa...salam