Penjelasan terhadap tulisan Sazali.

Posted by Al-Firdausi | Posted in

1) Artikel ini ditulis untuk menjelaskan beberapa kekeliruan terhadap tulisan saya oleh pemimpin pekak yang di hormati iaitu En. Sazali yang merupakan presiden MFD dalam tulisan di blognya. Selain itu ia juga membincangkan beberapa perkara yang dibangkit dalam tulisan tersebut.

2) Saya tidak pasti bahagian mana dalam tulisan saya yang mengelirukan orang lain sedangkan artikel siri 4 Isu BIM-KTBM masih dalam penyuntingan samada penambahan dan juga pengurangan. Jadi saya menganggap kekeliruan tersebut berdasarkan kepada 3 artikel (siri 1 -3) yang diterbitkan.

3) Ini adalah satu perkembangan baik sebab perbincangan adalah satu wadah kepada pencambahan fikiran.

BIM di haramkan di sekolah-sekolah Pekak.

3) Seperti yang saya kata, pada pandangan saya penentangan sebenar BPKhas terhadap BIM adalah perubahan terhadap dasar sedia ada BPKhas. Alasan BIM merosakkan bahasa Orang Pekak digunakan untuk menutup pekara yang sebenar.

4) Jika hendak mengubal dari dasar sedia ada kepada dasar yang baru, banyak kerja yang perlu dilakukan untuk menggantikan kesemua dokumen-dokumen hitam putih dasar sedia ada. Apabila melibatkan perubahan terhadap sesuatu dasar, ia akan melibatkan keseluruhan yang berkait rapat dengan dasar tersebut. Ia bermakna kesemua modul, program, aktiviti, dokumentasi dan lain-lain perlu di buat semula bagi di sesuaikan dengan dasar baru. Perkara yang pertama perlu dilakukan sudah tentu adalah merangka belanjawan dan blue print dasar baru yang setebal kamus dewan (atau mungkin lebih tebal lagi).

5) Para pegawai BPKhas sebenarnya faham tentang keperluan penggunaan BIM di sekolah bagi menerangkan dan menghuraikan sesuatu maksud yang di ajar. Sebab itulah sepanjang saya bekerja di BPKhas saya tidak pernah mendengar dan melihat sebarang pekeliling atau arahan yang dikeluarkan BPKhas yang melarang para pengajar menggunakan BIM.

6) Bekas guru sekolah lama saya yang menjadi pegawai di BPKhas seperti En. Abdul Wahab, Pn. Liyana dan En. Bahar juga menggunakan BIM ketika menerang pelajaran yang di ajar dan juga semasa berbual dengan pelajar. Ketika itu mereka masih guru di sekolah lagi dan belum di naikkan pangkat ke BPKhas.

7) Mengubah sesuatu dasar yang akan melibatkan keseluruhan pasti menuntut kerja keras dan menjadikan diri menjadi lebih sibuk. Inilah yang cuba di elakkan oleh BPKhas. lebih mudah meneruskan dasar sedia ada sahaja.

8) Disebab perkara di atas, BIM sebenarnya telah diterima secara diam-diam dan secara terhad. Jika MFD hendak BIM diterima secara rasmi menggantikan isyarat-isyarat KTBM. MFD hendaklah mengambil tindakan drastik seperti perundangan kerana AKTA OKU telah mengiktiraf BIM secara rasmi. Dengan cara ini barulah dapat memaksa BPKhas menjadi lebih rajin dan sibuk.

9) Jika tidak, tak mustahil masalah seperti pandangan dan resolusi diketepikan di setiap program yang melibatkan BPKhas.

BIM serpihan BMKT/KTBM?

10) Apa yang saya diketahui, BIM dibukukan melalui roadshow mengkaji setiap isyarat yang digunakan oleh orang pekak di setiap negeri. Isyarat yang mempunyai banyak persamaan dimasukkan dalam buku BIM.

11) Orang pekak yang menjadi peserta dalam program roadshow tersebut sudah tentu merupakan bekas pelajar di sekolah Pendidikan Khas. Jadi beberapa isyarat KTBM/BMKT yang dipelajari di sekolah pendidikan khas telah menjadi isyarat harian mereka seperti "dan", "bodoh", "atau", "pindah", "paksa" dan lain-lain lagi. Ini telah menyebabkan isyarat KTBM/BMKT telah dimasukkan ke dalam buku BIM.

12) Bagaimana boleh dikatakan BIM serpihan ASL sedangkan orang pekak tidak pernah belajar ASL di sekolah pendidikan khas. Setahu saya subjek ENGLISH yang diajar di sekolah khas menggunakan Sign Extract English. Jika salah minta betulkan. (kemungkinan ia disebabkan SEE serpihan dari ASL, atau ada waktu sekolah membuat kelas khas mengajar ASL di sekolah secara tak rasmi)

13) Isyarat KTBM/BMKT yang tidak menggambarkan makna sebenar barulah disingkirkan oleh orang pekak dan digantikan isyarat ciptaan sendiri secara spontan ketika bersembang. Isyarat yang dicipta secara spontan ini memberikan gambaran terhadap maknanya.

14) Walaubagaimanapun, isyarat KTBM/BMKT hanya sedikit sahaja digunakan berbanding isyarat natural dicipta spontan oleh orang pekak. Isyarat KTBM/BMKT yang digunakan dalam BIM biasanya melibatkan kata hubung, kata sendi, dan lain-lain lagi.

15) Berdasarkan fakta di atas, saya berpendapat BIM bukan serpihan KTBM/BMKT sebab BIM bukan berevolusi dari BIM/KTBM. BIM wujud secara natural berdasarkan imaginasi dan sebelum BMKT/KTBM diperkenalkan lagi. Jika dikatakan sebagai 'serpihan', sudah tentu BIM belum wujud ketika BMKT/KTBM diperkenalkan. Bagi saya, saya bersetuju dengan pandangan sazali iaitu perkataan 'pinjaman' lebih tepat berbanding perkataan 'serpihan'.


Bolehkah BIM membantu orang Pekak menguasai Bahasa Melayu?

16) Perkara ini saya akan bincang dan huraikan dalam artikel ISU BIM-KTBM/BMKT siri 4.

17) Buat masa ini artikel ini tidak dapat diterbitkan lagi disebabkan perlu melalui beberapa penyuntingan bagi menyusun fakta dan jalan cerita yang baik supaya mudah difahami.

18) Dalam artikel yang akan diterbitkan dalam blog ini nanti juga menyentuh mengenai peranan BIM dalam penguasaan Bahasa Melayu. Tetapi peranan yang dimainkan oleh BIM dalam membantu pelajar pekak menguasai BM bukanlah secara 'total' kerana ia terhad kepada penerangan dan pemahaman serta pendidikan awalan.

19) Secara ringkas, guna BM untuk menerang makna dalam BI, guna BM untuk menerang makna Bahasa jepun. Manakala mengajar BM pula tiada masalah bagi kanak-kanak yang telah mendapat pendidikan awalan BM iaitu komunikasi dalam keluarga menggunakan lisan BM. ketika dalam pendidikan pra persekolahan (taska/tadika) barulah tulisan BM diajar menggunakan lisan BM.

20) perbincangan lanjut mengenai ini tunggulah artikel yang sedang disiapkan nanti.



wasalam...

*********************************************
* "mengkritik tidak bererti menentang, *
* menyetujui tidak semestinya menyokong, *
* menegur tidak bermakna membenci, *
* dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik." *
*********************************************

Comments (0)