kekeliruan terhadap pemahaman terhadap BIM.

Posted by Al-Firdausi | Posted in

1) selepas menerbitkan artikel 'penjelasan terhadap tulisan sazali'. Saya mendapat respon pertama dari amir hamidi melalui perbualan YM.

2) berikut adalah berbualan asal antara saya dengan beliau :-

[11:10] amir: Salam
[11:10] amir: dah baca blog sazali?
[11:11] orgmisteri: dah..
[11:11] orgmisteri: tgk siapkan jawapan balas
[11:12] amir: jawapan saya dah ada online..
[11:25] orgmisteri: saya dah terbit artikel dalam blog saya
[11:25] orgmisteri: artikel jawapan balas terhadap tulisan pakcik saz dan abg amir
[11:31] amir: dah baca.. masih ada fakta yg perlu dibetulkan..
[11:32] orgmisteri: fakta apa/
[11:32] orgmisteri: perenggan nombor berapa/
[11:33] amir: u tak perlu betulkan kerana ia adalah pandangan awak.
[11:33] orgmisteri: tak mengapa...
[11:33] orgmisteri: mana yang salah boleh diperbetulkan.
[11:33] amir: pada pandangan saya, 12) Bagaimana boleh dikatakan BIM serpihan ASL sedangkan orang pekak tidak pernah belajar ASL di sekolah pendidikan khas.
[11:34] orgmisteri: yup..
[11:34] orgmisteri: apa masalahnya/
[11:34] amir: Dulu saya pernah belajar ASL di FSD dahulu..
[11:34] amir: tapi itu bukan subjek.. kelas tambahan..
[11:34] orgmisteri: ??
[11:34] orgmisteri: kelas tambahan macamana?
[11:35] orgmisteri: kelas tambahan khas ASL?
[11:35] amir: ia adalah usaha pengetua pada masa itu..
[11:35] amir: memperkenalkan ASL sekadar suka2 belajar bahasa isyarat asing..
[11:35] orgmisteri: Ooo...
[11:36] amir: tak wajib kepada semua pelajar..
[11:36] orgmisteri: zaman saya tiada kelas tu..
[11:36] amir: sesiapa yang berminat boleh masuk kelas ASL selepas sekolah..
[11:36] amir: ASL banyak sama dengan BMKT..
[11:36] orgmisteri: just SEE yang dibawa masuk untuk ajar English.
[11:36] orgmisteri: xpasti la samada SEE dengan ASL ada persamaan
[11:36] amir: SEE merupakan serpihan dari ASL..
[11:37] orgmisteri: sign sama?
[11:37] amir: kerana ia menggunakan isyarat yang sama dengan ASL tapi tatacara pengujaran berlainan.
[11:37] orgmisteri: Ooo...
[11:38] amir: ASL dah lahir lebih awal dan kemudian SEE lahir sebagai anak.
[11:38] amir: di Malaysia.. BMKT lahir dulu dan kemudian BIM pun sebagai anak.. berlawanan balik deghn proses d USA
[11:42] orgmisteri: BIM bukan dicipta secara terancang...
[11:42] orgmisteri: tetapi secara semulajadi dan spontan.
[11:42] orgmisteri: sebelum wujud BMKT dan KTBM lagi BIM sudah ada
[11:43] orgmisteri: misalnya isyarat ayah ditutur kan secara buat isyarat misai
[11:43] orgmisteri: bezanya ketika itu BIM belum dibukukan lagi'
[11:43] amir: ya.. tapi kenapa BIM tak masukkan isyarat misai?
[11:44] orgmisteri: sebab seperti yang saya jelaskan dalam blog saya..
[11:44] amir: dan ambil isyarat dari BMKT.
[11:44] orgmisteri: kebanyakan orang pekak adalah pelajar sekolah khas..
[11:44] amir: awak tak perlu cemas dengan istilah serpihan.. ia tidak lah senegatif..
[11:44] orgmisteri: jadi mereka ikut isyarat KTBM.
[11:45] orgmisteri: di temerloh ada orang pekak yang tutur isyarat ayah dengan buat isyarat misai
[11:45] amir: secara rasmi BIM tak terima isyarat misai..
[11:45] amir: cuba tgk buku BIM.
[11:45] orgmisteri: manakala isyarat emak pula dituturkan dengan buat isyarat bonggol di belakang rambut
[11:45] orgmisteri: yup..
[11:46] amir: ini dah lama tau..
[11:46] orgmisteri: isyarat2 orang pekak berlainan di setiap negeri..
[11:46] amir: tak ada apa2 yg nak malukan untuk ngatakan bim lahir daripada pengguna bmkt..
[11:46] orgmisteri: jika terdapat persamaan isyarat di setiap negeri barulah dimasukkan dalam BIM
[11:47] amir: dan kemudian dikembang degan budaya tersendri..
[11:47] orgmisteri: mengikut pemahaman abg amir...
[11:47] orgmisteri: apa makna BIM?
[11:48] amir: BIM ialah bahasa isyarat Pekak secara mudah
[11:48] amir: dan secara kebetulan menggunakan half isyarat sama dari BMKT dan juga datang dari ASL
[11:49] amir: u pernah tgk buku BMKT generasi pertama?
[11:49] orgmisteri: maknanya, mengikut pemahaman abg amir, BIM dicipta.
[11:50] orgmisteri: berlainan pula dengan saya...
[11:50] orgmisteri: bagi saya...
[11:50] orgmisteri: BIM ialah...
[11:51] amir: BIM dicipta atas kesedaran untuk ada bahasa sendiri.
[11:52] amir: dan menyedari BMKT ialah BM berasaskan bahasa isyarat.
[11:53] orgmisteri: BIM merupakan satu bahasa yang gabungan isyarat tangan, memek muka, dan pergerakan badan. isyarat yang digunakan dicipta secara spontan dan semulajadi mengikut budaya, geografi, kaum dan agama dan memberi gambaran terhadap maknanya.
[11:54] amir: maksud tu dah biasa kedengaran.. dan menjadi ciri2 bahasa isyarat pekak di kebanyakan negara.
[11:55] orgmisteri: BIM tak semestinya kena ikut isyarat dalam BUKU BIM sebab buku BIM hanya mengumpul isyarat yang dituturkan oleh orang pekak malaysia
[11:55] amir: secara pendek, proses serpihan telah berlaku untuk mengasingkan dan membezakan antara bim n bmkt.. tu maksud sebenar saya.
[11:56] orgmisteri: ini bermaknanya, isyarat yang digunakan sebelum BMKT/KTBM diperkenalkan juga merupakan BIM sebab ia digunakan oleh orang pekak di malaya/malaysia
[11:57] orgmisteri: serpihan sama maksud dengan pecahan...
[11:58] amir: ya.. kenapa perlu negatif?
[11:58] orgmisteri: cuma selepas BMKT/KTBm diperkenalkan barulah BIM didokumentasi..
[11:58] orgmisteri: negatif macamana?
[11:58] orgmisteri: saya tak berfikir negatif pun..
[11:58] orgmisteri: menegur tak bermakna menentang
[11:59] orgmisteri: cuma sekadar perbincangan untuk menghuraikan kekeliruan...
[12:01] orgmisteri: sebab itu pada pendapat saya dalam blog perkataan 'pinjaman' lebih tepat dari 'serpihan'
[12:02] orgmisteri: saya hanya setuju dengan 'serpihan' jika tiada isyarat yang digunakan oleh orang pekak di malaysia/malaya sebelum BMKT/KTBM diperkenalkan.
[12:03] orgmisteri: bagi saya.. kelainan isyarat dahulu dengan isyarat sekarang adalah disebabkan evolusi...
[12:03] orgmisteri: bahasa melayu juga mengalami evolusi
[12:04] amir: ikut keterangan guru lama, bmkt dicipta dengan ambil ASL dan juga isyarat dari sekolah2 Kedah.
[12:04] orgmisteri: misalnya dahulu 'bichara' manakala sekarang pula 'bicara'
[12:04] orgmisteri: dahulu kaseh, sekarang kasih
[12:04] amir: oleh itu BMKT masih mengandungi isyarat Pekak..
[12:05] amir: bichara - bicara adalah hasil proses pembakuan sistem ejaan..
[12:05] amir: tak seperti dgn sign language
[12:06] orgmisteri: yup...
[12:06] amir: jika tak, kita terima isyarat misai telah berevolusi kepada isyarat di kepala.. bolehkah?
[12:06] orgmisteri: sebab dahulu bahasa melayu berlainan sebab dialek antara satu kawasan tidak sama dengan kawasan yang lain..
[12:07] orgmisteri: ia menyebabkan bahasa menjadi bercampur2..
[12:07] amir: DBP dah berjaya dalam usaha ini..
[12:08] orgmisteri: sebab itu pakar bahasa dahulu memperkenalkan sistem bahasa BAKU bagi membezakan antara dialek daerah dengan bahasa rasmi persekutuan...
[12:08] orgmisteri: sama juga apa yang dibuat oleh MFD bila membukukan BIM
[12:09] orgmisteri: mana2 isyarat yang paling banyak digunakan barulah dimasukkan dalam BIM
[12:09] orgmisteri: * buku BIM
[12:09] amir: mungkin ya.. tetapi kenapa isyarat misai tak diambil kira?
[12:09] amir: kurang cantik?
[12:09] orgmisteri: sebab isyarat tersebut dikategori dialek daerah...
[12:09] orgmisteri: *negeri
[12:09] amir: adakah u ada sokongan bukti tu?
[12:10] orgmisteri: ya ada...
[12:10] amir: sumber mana?
[12:10] orgmisteri: semasa saya jadi setiausaha PADA
[12:10] amir: jika ada, kenapa tak diktiraf sebagai isyarat BIM ?
[12:11] orgmisteri: semasa program mengumpul isyarat BIM, tempatnya di hospital tengku ampuan afzan
[12:11] orgmisteri: sariah ada kata, tujuan roadshow tersebut adalah untuk mengumpul isyarat BIM.
[12:12] amir: cukuplah.. kenapa isyarat misai tak boleh dijadikan isyarat ayah?
[12:12] orgmisteri: tapi tak semua akan dimasukkan dalam Buku BIM sebab ada sesetengah perkataan ada isyarat yang berlainan antara negeri
[12:13] orgmisteri: cuma isyarat yang paling banyak persamaan digunakan barulah dimasukkan dalam buku BIM..
[12:13] amir: jadilah masuk atas prinsip majoriti.. isyarat misai dah kalah n gugur.. ya kah
[12:13] orgmisteri: yup...
[12:13] orgmisteri: sama seperti BM..
[12:14] amir: jelaskan bahawa majoriti masih guna isyarat ayah dari BMKT.. dan juga mirip ASL secara kebetulan
[12:14] orgmisteri: perkataan dialek daerah yang berlainan disebabkan faktor geografi menyebabkan pakar bahasa memperkenalkan sistem BM baku..
[12:14] amir: ya.. mmg lah tu
[12:17] amir: perkataan 'pinjaman' lebih tepat berbanding perkataan 'serpihan'.
[12:18] amir: tu pendapat awak..
[12:18] orgmisteri: yup..
[12:18] amir: sebenarnya pinjaman subset kpd serpihan.
[12:20] amir: pemisahan dibuat dan kemudian mula pinjam n import ikut subset Pekak
[12:21] orgmisteri: pendapat itu disebabkan BIM dikategori isyarat natural yang digunakan oleh orang pekak termasuk isyarat yang digunakan sebelum sekolah khas wujud...
[12:22] orgmisteri: jika BIM dikategori isyarat yang dicipta tanpa mengambil kira isyarat yang digunakan oleh orang pekak sebelum sekolah khas wujud, barulah saya setuju dengan perkataan 'serpihan'
[12:22] orgmisteri: mengenai pinjaman merupakan subset kepada serpihan..
[12:22] orgmisteri: saya tak berapa pasti...
[12:23] orgmisteri: tak berani memberi pendapat sebab saya bukan pakar bahasa.
[12:23] orgmisteri: (.....ditapis.........)
[12:23] orgmisteri: :))
[12:23] amir: (.......ditapis..............)
[12:24] orgmisteri: (.....ditapis.........)
[12:24] orgmisteri: (.....ditapis.........)
[12:25] amir: (.......ditapis..............)
[12:25] amir: (.......ditapis..............)
[12:26] orgmisteri: x la..
[12:26] orgmisteri: maksud saya...
[12:26] orgmisteri: saya x pasti samada perkataan pinjaman merupakan subset kepada perkataan serpihan
[12:27] amir: o see
[12:27] orgmisteri: (.....ditapis.........) :))
[12:27] amir: serpihan mempunyai takrifan berbeza..
[12:27] amir: tak semestinya hanya satu pecahan..
[12:30] amir: dalam konteks ini, ia adalah pemisahan dan menjadi entiti yang merdeka akibat dorongan atau semangat tertentu.. kemudia ia berkembang secara evolusi sama ambil warisan n pinjaman bentuk yang boleh diterima..
[12:30] amir: itu falsafah saya.. mungkin ramai tak pahamnya..
[12:31] orgmisteri: yup.. saya faham
[12:32] orgmisteri: dengan kata lain entiti baru yang wujud dari sesuatu entiti.
[12:32] amir: dalam artikel seterus saya akan bincang tajuk.. BIM bercelaru?
[12:33] orgmisteri: saya hanya bersetuju jika BIM tidak wujud sebelum BMKT dan KTBM
[12:34] orgmisteri: jika isyarat-isyarat yang digunakan oleh orang pekak sebelum BMKT dan KTBM diperkenalkan barulah saya bersetuju dengan pendapat BIM serpihan BMKT/KTBM
[12:34] orgmisteri: ****
[12:34] amir: BIM memang wujud tapi tak secara rasmi.. hanya diiktif pada 2000.
[12:34] orgmisteri: jika isyarat-isyarat yang digunakan oleh orang pekak sebelum BMKT dan KTBM diperkenalkan tidak dikategori sebagai BIM, barulah saya bersetuju dengan pendapat BIM serpihan BMKT/KTBM
[12:35] amir: saya ulang.. BMKT ada mengambil isyarat dari Kedah selain ASL.
[12:36] orgmisteri: ??
[12:36] orgmisteri: maksud abang amir...?
[12:37] amir: BMKT ada ambil sedikit isyarat yANG DIambil dari sekolah di kedah.. isyarat orag Pekak.. dan dicampur dengan isyarat ASL..
[12:38] orgmisteri: kalau macam tu boleh dikatakan BMKt serpihan daripada ASL dan BIM LAMA :))
[12:38] amir: itu informasi dari guru lama.. tapi saya tak pasti kod2 tangan yang mana dari kedah..
[12:40] amir: BMKT memang lah serpihan dari ASL.. melalui BMKT, bim juga serpihan daripada ASL
[12:41] orgmisteri: x setuju....
[12:41] orgmisteri: sebab BIM dah sedia wujud sebelum ASL masuk malaya...
[12:41] orgmisteri: begitu juga dengan BM yang dah sedia wujud sebelum penjajah datang
[12:42] orgmisteri: tetapi kalau dikatakan BIM banyak pinjam dari ASL saya setuju
[12:42] orgmisteri: sama perkataan garfu dan sudu...
[12:43] orgmisteri: dipinjam dari perkataan portugis kalau tak silap
[12:43] orgmisteri: perkataan inai pula dipinjam dari perkataan india..
[12:44] orgmisteri: istilah sains dalam BM sekarang ini juga banyak dipinjam dari BI.. tetapi ia tidak bermakna BM serpihan BI
[12:44] orgmisteri: perkatan diskriminasi, falsafah, demokrasi dll merupakan berasal dari BI
[12:45] orgmisteri: tetapi ia tidak bermakna BM serpihan BI
[12:45] orgmisteri: itulah maksud saya..
[12:46] orgmisteri: pegangan ini hanya berdasarkan isyarat yang digunakan oleh orang pekak sejak zaman kesultanan melaka di kategori sebagai BIM (bahasa isyarat melayu)
[12:47] orgmisteri: jika sebaliknya, barulah saya setuju BIM serpihan ASL...
[12:49] amir: memang logik BM tak boleh dianggap serpihan daripada BI.
[12:50] orgmisteri: BM cuma mengalami evolusi mengikut zaman
[12:50] amir: maksud saya.. serpihan berlaku dalam konteks berbeza
[12:50] orgmisteri: begitu juga halnya dengan BIM
[12:50] orgmisteri: berbeza mcamana mengikut pandangan a.amir/
[12:53] amir: ya tak ada halangan dan bebas pegang mana-mana pendapat..
[12:54] amir: yang penting ialah memberitahu betapa berbezanya fungsi n peranan bim n bmkt
[12:54] orgmisteri: yup..
[12:54] amir: dan hormati perkembangan bim n bmkt.
[12:55] orgmisteri: akan saya terangkan dalam siri 4 bagaimana BIM, BMKT dapat diguna bersama untuk membantu pengajaran BM
[12:55] amir: bim n bmkt masing2 ada tanggungjawa b bangunkan modal insan pada cara berbeza
[12:55] orgmisteri: ia mengikut pandangan dari sudut saya berdiri..
[12:56] orgmisteri: maknanya pandangan saya dalam artikel tu nanti masih boleh dipertikaikan mengikut sudut pendangan yang lain..
[12:57] amir: tak keluar makan?
[12:57] orgmisteri: x..
[12:57] orgmisteri: kat pantry dah sedia makanan tengahari
[12:58] orgmisteri: ada staff murah ati masak dan bawa sini :))
[12:58] orgmisteri: just masak nasi di pantry jer..
[12:58] amir: ok.. sy kena makan luart
[12:58] orgmisteri: ok.
[12:58] orgmisteri: kalau saya copy dan paste perbincangan ni ke dalam blog saya boleh tak?
[12:59] orgmisteri: sebab ni perbincangan percambahan minda..
[12:59] orgmisteri: elok dikongsi bersama dengan orang lain..
[12:59] amir: tak perlu petik seluruh..
[12:59] orgmisteri: ??
[12:59] amir: dan ambil pendapat awak sahaja..
[13:00] orgmisteri: pendapat abg amir skali eh?
[13:00] orgmisteri: baru original :D
[13:01] amir: ambil pendapat saya dari blog lah..
[13:02] orgmisteri: x lah..
[13:02] orgmisteri: gurau jer :))
[13:02] amir: jika dari YM, juga letakkan pendapat berasaskan temubual tak rasmi..
[13:02] orgmisteri: malas nak tulis..
[13:02] orgmisteri: yang siri 4 pun x siap lagi :))
[13:03] orgmisteri: maksud abg amir?
[13:03] orgmisteri: copy n paste kan temubual ini pastu kat bawah skali letak ulasan?
[13:04] orgmisteri: no problem...
[13:04] orgmisteri: saya nak wat ulasan ttg kekeliruan konteks dan pemahaman sebenar BIM
[13:04] amir: ya begitulah.. tapi pendapat saya selalu berubah
[13:04] orgmisteri: x mengapa...
[13:05] orgmisteri: pendapat saya pun selalu berubah juga..
[13:05] amir: bergantung pada fakta wujud
[13:05] orgmisteri: sebab bergantung pada fakta dan pemahaman saya dapat..
[13:05] orgmisteri: sebab tu dulu a.amir kata saya nie xde pendirian tetap :))
[13:06] orgmisteri: ok..
[13:06] orgmisteri: nanti pas makan tgk la ulasan saya terhadap perbualan tak rasmi nie dalam blog saya nanti...
[13:09] Meebo Message: amir is offline

3) Dalam berbincangan tersebut saya mendapati satu persoalan yang saya terlepas pandang dan langsung tidak terfikir langsung. Apakah perkara tersebut?

4) Ianya adalah berkenaan dengan 'apakah makna sebenar Bahasa Isyarat Malaysia (BIM)'? saya masih belum tahun keterangan rasmi bagi makna sebenar BIM. Adakah ia mengambil kira bahasa isyarat yang dituturkan oleh orang pekak sejak sebelum pembentukan malaysia lagi.

5) Jika ia mengambil kira bahasa isyarat yang digunakan oleh orang pekak sejak sebelum pembentukan malaysia, jadi ia tidak seharusnya di panggil sebagai bahasa isyarat malaysia kerana ketika itu malaysia masih belum dibentukkan lagi.

6) Ini menyebabkan timbul kecelaruan mengenai keterangan makna sebenar BIM. Hanya MFD yang mengumpulkan dan membukukan isyarat yang digunakan oleh orang pekak di malaysia sahaja yang dapat meletakkan definisi sebenar BIM.

7) Sebelum merdeka, Bahasa Malaysia dikenali sebagai Bahasa melayu. Sebelum dibakukan (baku, bukan buku) menjadi satu bahasa dikenali Bahasa Malaysia, Bahasa melayu bercampur-campur dengan dialek daerah (jika saya tidak silap ingat fakta ini dari sebuah majalah satu ketika dahulu)

8) Selagi MFD tidak memberikan definisi dan pengelasan tepat mengenai BIM, selagi itulah kekeliruan inin wujud.



wassalam....!

Comments (2)

hurmmm..
BIM VS KTBM

assalamualaikum firdaus...

mungkin firdaus tak kenal saya..tapi kita tinggal satu kamsis PUO dulu. sy selalu bagi salam aje kt firdaus..tapi tak pernah berbual sebab tak mahir..tp boleh tak firdaus cadangkan mana2 tempat yang saya boleh dptkan buku untuk belajar BIM? dah puas mencari tp belum bertemu..terima kasih